Home / Bola Sepak / #FAM : Bolasepak wajib jadi sukan nombor 10 negara

#FAM : Bolasepak wajib jadi sukan nombor 10 negara

 

Skuad Harimau Malaya

Skuad Harimau Malaya. Gambar sumber espnfc.com

Oleh : Hisyham Rahman


Perlawanan antara Malaysia dan Macau pada malam 29hb Mac 2016 yang lalu memang dinanti-nantikan oleh semua peminat bolasepak negara.  Dengan status sebagai pasukan professional dan Macau dengan status pasukan semi pro, peminat pasti mengharapkan sesuatu dari skuad Harimau Malaya. Dengan status itu juga dapat dilihat pasukan Malaysia mengawal hampir 70% perlawanan berbanding 30% oleh Macau.  Satu statistik yang agak baik untuk didengar, malangnya pasukan kita yang dibarisi pemain bolasepak profesioanal dan pemain yang pernah menjuarai Piala AFC, kita sekadar mencatatkan keputusan seri tanpa jaringan dengan pasukan Macau, yang dibarisi oleh pemain separuh profesional dan juga merupakan penjawat awam di negara mereka.

Dalam perlawanan itu kita menurunkan pemain yang lewat umur dan beberapa pemain yang masih muda.  Percaturan pemain yang dibuat oleh Datuk Ong Kim Swee menampakkan bagaimana pasukan kita dilihat boleh memberikan harapan pada penyokong Harimau Malaysia.  Namun apa yang di hidangkan hanyalah janji dan cerita lama bagaimana kita masih di takuk sebenar kita dalam menentang Macau .  Persoalannya apakah yang Datuk Ong Kim Swee mahu melihat pada perlawanan persahabatan ini.

  1. Adakah untuk menyediakan pasukan masa hadapan?
  2. Untuk memperbaiki kedudukan ranking FIFA kita?
  3. Atau hanya ingin mengumpulkan kelompok pemain sebagai memenuhi Kalendar jadual perlawanan FIFA?

Beberapa pemain yang diberi peluang bermain tetapi persembahan mereka sungguh mengecewakan. Wan Zack Haikal, Fadhli Shas, Amri Yahyah sungguh mengecewakan.  Mari kita senaraikan perkara itu seperti di bawah:imageResize.ashx

  1. Apakah motifnya meletakkan Amri dan Mat Yo di bahagian serangan ketika kedua-dua umur mereka takkan menjanjikan apa-apa pada pasukan kita hatta untuk tahun hadapan pun.  Kenapakah kita tidak menggandingkan penyerang berpengalaman dengan penyerang muda agar ianya dapat memberi impak pada masa hadapan?
  2. Prestasi Fadhli Shas sebenarnya langsung tidak menyakinkan, namun ianya tidak ketara kerana penyerang Macau tidak terlalu memberi ancaman pada bahagian pertahanan negara.  Dengan sekali sekala diturunkan dalam perlawanan liga tempatan Fadhli Shas memang tidak ‘masuk’ dalam perlawanan menentang Macau ini.
  3. Wan Zack Haikal, nama itu gah satu nama dulu apatah lagi bila dipikat kelab jepun. Namun pada perlawanan dengan Macau Wan Zack langsung tidak memberi gambaran kehebatannya.  Selepas kecederaan yang dialami beliau, nampaknya prestasi Wan Zack juga turut cedera.
  4. Selebihnya pemain kita pada penghujung babak kedua sudah tidak percaya pada sama sendiri dan memandang rendah keupayaan lawan, apa tidaknya apabila penyerang ‘berpengalaman’ kita membawa sendiri bola dan cuba menggelecek 5 pemain Macau sendirian.

Untuk rekod kita menentang Macau :

  1.   Malaysia 9-0 Macau pada 5thMay 1993
  2. Macau 0-5 Malaysia pada 18thMay 1993

Dalam perlawanan itu juga timbul persoalan kenapakah kita tidak menurunkan pemain JDT yang hebat-hebat itu.  Apakah hanya untuk memberi mereka ruang untuk menyimpan tenaga untuk perlawanan Piala FA pada hujung minggu ini?

Ada beberapa faktor sebenarnya yang menyebabkan prestasi bolasepak negara tidak begitu baik kebelakangan ini.  Antaranya ialah :

  1. Kebanyakan (Bukan Semua) Jurulatih pasukan dalam liga kita tidak membangunkan pemain-pemain baru yang boleh menjadi tonggak dalam pasukan negara.  Pemain muda yang ada dalam pasukan negara adalah datang dari pasukan Harimau Muda.
  2. Ada pasukan yang begitu gah mengambil beberapa pemain yang pernah menjadi tonggak utama pasukan kebangsaan dalam pasukan mereka namun hanya memenaskan bangku simpanan.  Maka prestasi mereka juga merudum dan tidak lagi dipilih dalam pasukan kebangsaan.
  3. Pasukan dalam liga kita yang berebut-rebut mengambil sepenuhnya pemain import di bahagian serangan, hasilnya begitu ketara apabila tiada gol terhasil pada perlawanan ini, apatah lagi kita menetang pasukan yang rankingnya 29 di bawah kita.  (Malaysia 166, Macau 195)

Sebab itulah baik kita jadikan sukan bolasepak di kedudukan no 10 sukan di Malaysia agar kita tidak menaruh sebarang harapan pada pasukan ini!