Home / Bola Sepak / FAM BERSETUJU DENGAN PERATURAN PENUKARAN LIMA PEMAIN YANG DIUSULKAN FIFA

FAM BERSETUJU DENGAN PERATURAN PENUKARAN LIMA PEMAIN YANG DIUSULKAN FIFA

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bersetuju dengan peraturan baru lima pertukaran pemain setiap perlawanan.

Menurut Setiausaha Agung FAM Stuart Ramalingam peraturan baharu yang bersifat sementara itu sesuai dengan situasi semasa selain mengelak kecederaan serius selepas berehat lama susulan penularan wabak pandemik Covid-19.

FAM telah menerima kertas cadangan daripada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) untuk memperkenalkan peraturan baharu bermulanya liga domestik Liga Malaysia yang dijangka bersambung September depan.

Walaupun peraturan itu tidak diwajibkan FIFA, FAM akan mengadakan perbincangan dengan lebih mendalam bersama pemegangtara lain sebelum keputusannya akan dimaklumkan pengendali liga Malaysia iaitu Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) dalam masa terdekat.

Dalam masa yang sama, khabar gembira bakal menanti peminat Liga Perdana Inggeris apabila kerajaan United Kingdom memberikan lampu hijau bahawa liga itu akan disambung bermula 1 Jun ini.

Perkara itu diumumkan Perdana Menteri Britain Borris Johnson dengan syarat perlawanan berlangsung tanpa penonton.

Namun keputusan itu mendapat pelbagai reaksi pasukan dimana ada yang tidak bersetuju.

Bagi yang bersetuju mereka menyambut baik keputusan tersebut dengan pelbagai garis panduan yang ditetapkan oleh kerajaan walaupun penyokong dijangka terpaksa menunggu kira-kira setahun untuk kembali menyaksikan perlawanan di stadium.

Perdana Menteri UK Borris Johnson percaya situasi kini masih belum selamat untuk membenarkan perhimpunan berskala besar selagi vaksin Covid-19 belum ditemui.

Liga Perdana Inggeris ditangguhkan sejak 13 Mac lalu dengan berbaki 92 perlawanan.