Home / Bola Sepak / FAM ANJURKAN MALAYSIA NATIONAL ECHALLENGE

FAM ANJURKAN MALAYSIA NATIONAL ECHALLENGE

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dengan kerjasama Persatuan E-Sport Kuala Lumpur (ESKL) dan GamesBond akan menganjurkan satu kejohanan sukan elektronik yang dinamakan Malaysia National E- Challenge.

Kejohanan dijadualkan berlangsung esok dari jam 11 pagi hingga 10 malam di kediaman masing-masing dengan menggunapakai permainan FIFA 20.

Matlamat utama bertujuan untuk mencari seorang wakil e-Footballer yang akan berganding bersama salah seorang pemain bola sepak kebangsaan bagi mewakili Malaysia dalam kejohanan e-sukan antarabangsa iaitu FIFA e-Nations Stay & Play Cup yang dijadualkan pada Selasa 21 April 2020.

Kejohanan Malaysia National eChallenge ini menawarkan hadiah terkumpul sebanyak RM1,000 selain menawarkan satu slot ke FIFA eNations Stay & Play Cup bagi peserta yang bergelar juara.