Home / Bola Sepak / FAM AKUR DAN TUNGGU KEPUTUSAN RASMI DARI KERAJAAN BERKAITAN PENANGGUHAN LIGA MALAYSIA

FAM AKUR DAN TUNGGU KEPUTUSAN RASMI DARI KERAJAAN BERKAITAN PENANGGUHAN LIGA MALAYSIA

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakub memaklumkan Liga Malaysia tidak dibenarkan bersambung meskipun tempuh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berakhir nanti.

Ini kerana ia masih tertakluk kepada aktiviti berkumpulan yang berisiko wujudnya kluster baharu.

Tambah Datuk Seri Ismail segala garis panduan yang dibuat dalam PKP ini harus diteruskan meskipun PKP berakhir nanti.

Persatuan Bola Sepak Malaysia boleh menganjurkan semula Liga Malaysia selepas Majlis Keselamatan Negara (MKN) memaklumkan nanti.

Dalam pada masa yang sama beliau menjelaskan beberapa SOP baharu akan diperkenalkan selepas ini apabila tempuh PKP tamat.

Badan induk bola sepak negara (FAM) sudah pun bersedia menghadapi segala kemungkinan namun tetap akan menunggu pengesahan rasmi kerajaan sebelum membuat keputusan bagi status saingan liga musim ini.

FAM tidak terkejut dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Kanan (Keselamatan) kerana FAM telah pun bersedia dengan beberapa pilihan perancangan dan garis panduan jika liga Malaysia diteruskan atau tidak bagi saingan musim ini.