Home / Lain - Lain / F4 SEA BAKAL UMUMKAN KALENDAR 2020 DALAM MASA TERDEKAT

F4 SEA BAKAL UMUMKAN KALENDAR 2020 DALAM MASA TERDEKAT

Formula 4 Asia Tenggara (F4 SEA) bakal mengumumkan kalendar perlumbaan bagi musim 2020 baharu yang dipendekkan dengan semua perlumbaan yang akan diadakan di Litar Antarabangsa Sepang.

Pengumuman rasmi itu akan dibuat selepas mendapat persetujuan Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) dan akan disiarkan di laman web F4 Asia, media sosial dan di FIA.COM.

Menurut F4 dalam satu kenyataan baru-baru ini sebanyak 16 perlumbaan dicadangkan dalam kalendar kejohanan F4 SEA dengan menampilkan 4 pusingan di Sepang untuk mengurangkan risiko dengan kos efektif sebanyak RM471,700.

Sejak tahun lepas sebahagian Asia Tenggara kejohanan FIA F4 menumpukan kepada menghasilkan wira sukan permotoran Asia dan antarabangsa.

Pada masa yang sama melatih dan membangunkan rakyat Malaysia untuk menjadi jurutera dan juruteknik berkemahiran tinggi.