Gambar Oleh : Shazli Shamsuddin
SEPANG, 27 Feb 2014 : Ketiadaan Juara MOTOGP 2013, Marq Marquez digunakan sepenuhnya oleh Aleix Espargaro yang bakal memulakan aksi sulung dalam saingan MotoGP tahun 2014 untuk mencatatkan masa terpantas ketika sessi pertama ujian MotoGP 2014 di Litar F1, Sepang, Selangor semalam. Espargaro yang mewakili pasukan NGM Mobile Forward Racing berjaya mencatatkan masa 2.01.122.
Ketika ditanya mengenai pencapaian beliau, Espargaro yang merupakan Juara Moto2 2013 berkata Pasukan Yamaha Factor Racing mungkin tidak berada pada prestasi terbaik sekaligus memberi ruang kepada beliau untuk menduduki tempat terpantas pada sessi ujian hari pertama semalam.
Kedua-dua pelumba dari Yamaha Factory Racing iaitu Velentino Rossi dan Jorge Lorenzo masing-masing mencatat kedudukan ketiga dan kelima. Rossi berjaya mencatatkan masa 2.01.349 namun masih gagal menyaingi Alvaro Bautista dari pasukan Go&Fun Honda Gresini.
Dani Pedrosa melengkapkan kedudukan lima pelumba terpantas semalam apabila menamatkan ujian pada kedudukan keempat dengan masa 2.01.452.