Home / Lain - Lain / EPISOD BAHARU PERSEKUTUAN GIMNASTIK MALAYSIA (MGF)

EPISOD BAHARU PERSEKUTUAN GIMNASTIK MALAYSIA (MGF)

Isu pergolakan dalaman Persekutuan Gimnastik Malaysia (MGF) kini memasuki episod baharu apabila Afrita Ariany Nasril Setiausaha Kehormat MGF mengesahkan MGF telah membuat penukaran serta merta untuk lantikan baharu jawatan itu tanpa sebarang alasan menerusi satu kiriman email.

Tambah Afrita tindakan MGF menukarkannya dari jawatan Setiausaha Kehormat tanpa sebarang alasan adalah tidak munasabah.

Ini susulan tujuh daripada sebelas ahli gabungan MGF menyatakan hilang kepercayaan terhadap badan induk gimanastik negara iaitu bekas atlet gimnastik kebangsaan Rachel Lau.

Tujuh ahli gabungan itu adalah Pulau Pinang, Selangor, Perak, Negeri Sembilan, Sarawak, Melaka dan Terenganu yang telah menyerahkan surat yang ditandatangani perwakilan negeri kepada Afrita sebelum dia menerima kiriman emel mengenai penukaran jawatannya.

Untuk rekod Rachel dipilih sebagai presiden MGF bagi penggal 2019 hingga 2021 pada Februari tahun lalu selepas menang tanpa bertanding.