Home / Bola Sepak / EMPAT PASUKAN BAHARU MERIAHKAN MPFL MUSIM 2020

EMPAT PASUKAN BAHARU MERIAHKAN MPFL MUSIM 2020

Empat pasukan baharu Sarawak, Kelantan, Negeri Sembilan dan KPM-PST Mustang bakal mewarnai saingan Liga Futsal Premier Malaysia (MPFL) musim 2020 yang akan bermula 14 Mac depan.

Menambah tarikan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) selaku penganjur memberi kebenaran menggunakan pemain dan jurulatih import bagi setiap pasukan yang bertanding.

Bagaimanapun edisi kali ini tiada kategori wanita dipertandingkan kerana FAM sedang mencari format pertandingan yang lebih sesuai untuk digunapakai.

Kehadiran 4 pasukan baharu menjadikan 12 pasukan keseluruhan serta kebenaran menggunakan pemain dan jurulatih import pastinya menambah daya tarikan liga MPFL musim kedua yang akan berlangsung selama 7 bulan bermula 14 Mac hingga 10 September.

Sarawak, Kelantan, Negeri Sembilan dan KPM-PST Mustang semestinya teruja dengan penampilan sulung. Namun kekuatan pasukan rookie ini hanya akan diketahui apabila bertemu pasukan yang lebih senior seperti juara bertahan Selangor, Pahang Rangers FC, Terengganu, Perak, Kuala Lumpur, Kedah, Pulau Pinang, Kuala Lumpur City FC bagi merebut piala MPFL 2020.

Liga MPFL turut menarik minat tiga rakan penaja baharu dengan keseluruhan tujuh penaja bagi saingan musim 2020.