Home / Lain - Lain / EMPAT ATLET PARALIMPIK NEGARA MUNGKIN DIGUGURKAN DARI MENYERTAI SUKAN PARA ASEAN FILIPINA 2020

EMPAT ATLET PARALIMPIK NEGARA MUNGKIN DIGUGURKAN DARI MENYERTAI SUKAN PARA ASEAN FILIPINA 2020

Empat atlet paralimpik negara mungkin digugurkan daripada menyertai Sukan Para Asean 2020 di Filipina Mac ini bagi memberi fokus kepada Sukan Paralimpik Tokyo 2020 yang bermula Ogos depan.

Walaupun masih belum dimuktamadkan pengurus pasukan Mohd Zarrawi Ravi Abdullah berkata ianya penting demi menjaga tahap optimum atlet yang pastinya mahu beraksi di temasya paralimpik berbanding para asean.

Majlis Sukan Negara (MSN) mengesahkan Sukan Para Asean 2020 di Filipina yang dijadualkan berlangsung pada 18 sehingga 24 Januari ini ditunda ke tarikh baru iaitu 20 hingga 28 Mac.

Situasi ini sekaligus merencatkan persiapan 4 atlet paralimpik negara dalam misi mempertahankan emas di Toktyo 2020 yang bermula 25 Ogos depan.

Atlet tersebut ialah Mohamad Ridzuan Puzi, Muhammad Ziyad Zulkefli dan Abdul Latiff Romly serta Siti Nor Radiah Ismail yang meraih gangsa lompat jauh wanita T20.

Jika 4 atlet ini digugurkan ke Sukan Para Asean, kontinjen akan kehilangan 7 pingat emas.

Tanpa disangkal Malaysia selaku kuasa besar olahraga para dilihat bermasalah untuk mendominasi sukan itu menerusi 4 atlet paralimpik bertaraf dunia.

Dilema pasti membelenggu pasukan jurulatih untuk merancang halatuju atlet pada dua kejohanan berbeza dalam jangkamasa yang singkat.