Home / Golf / EDISI PERTAMA KEJOHANAN GOLF SELANGOR CLASSIC 2020 BERLANGSUNG DENGAN JAYANYA

EDISI PERTAMA KEJOHANAN GOLF SELANGOR CLASSIC 2020 BERLANGSUNG DENGAN JAYANYA

Penganjuran edisi pertama Golf Selangor Classic 2020 memberikan keyakinan kepada Tourism Selangor untuk meneruskan lagi acara itu tahun hadapan.

Kejohanan itu akan dianjurkan ke seluruh daerah di Selangor sekaligus membuka peluang kepada pemain amatur mempamerkan kemampuan secara tidak langsung dapat mempromosikan lokasi pelancongan sukan di Selangor.

Selepas pusingan pertama di Kelab Golf The Mines semalam saingan diteruskan di Kelab Golf Kota Permai membabitkan kesemua 128 pemain.

Semua peserta teruja kerana berpeluang bermain di lapangan yang sama seperti yang digunakan di Kejohanan Golf Terbuka Malaysia Februari lalu.

Setelah tamat 18 lubang Hassan Rahmat berjaya mengekalkan prestasinya dengan turut melakar catatan 69 pukulan untuk keseluruhan 138 pukulan.

Bagi penganjur Tourism Selangor sambutan menggalakan yang diterima bagi edisi sulung ini mahu diteruskan lagi tahun depan.

Bukan sekadar sukan golf, pelancongan sukan Selangor turut membabitkan sukan berbasikal di seluruh daerah dalam negeri ini.