Home / Golf / ‘Eagle’ Kemarol gigit Thailand

‘Eagle’ Kemarol gigit Thailand

Aksi Kemarol Baharin dari Malaysia pada pusingan ketiga kejohanan. Gambar oleh Arep Kulal | PGM TOUR

Aksi Kemarol Baharin dari Malaysia pada pusingan ketiga kejohanan. Gambar oleh Arep Kulal | PGM TOUR

SAUJANA IMPIAN 03 April 2015 : Pemain golf negara, Kemarol Baharin membenam ‘Eagle’ di lubang 17 untuk mengikat kedudukan sebagai pendahulu kejohanan bersama pemain Thailand, Donlaphatchai Niyomchon dengan catatan 13 di bawah par, 203 pukulan di pusingan ketiga, Kejohanan golf UMW Impian di Saujana Impian Golf & Country Club, Saujana Impian, Kajang, Selangor.

Donlaphatchai Niyomchon dari Thailand

Donlaphatchai Niyomchon dari Thailand

Walaupun mendahului dengan selesa dengan catatan 12 dibawah par selepas 9 lubang pertama, Donlaphatchai melakukan kesilapan di lubang ke 16 dengan mencatatkan bogey. Kesempatan itu digunakan oleh Kemarol yang mengikuti rapat dengan mencatatkan Eagle dilubang ke 17 untuk menyamakan pukulan seterusnya mendahului bersama kejohanan di pusingan akhir esok.

Kedudukan senarai pendahulu:-

203 – Kemarol Baharin 67-69-67, Niyomchom Donlaphatchai (THA) 69-65-69
204 – R. Nachimuthu 72-66-66, Kooratanapisan Sutijet (THA) 69-67-68
205 – Niyomchom Natthapong (THA) 73-64-68
206 – Prakongvech Settee (THA) 72-65-69
207 – Akhmal Tarmizee Nazari 69-69-69
209 – Airil Rizman Zahari 68 -73-68, Naewsuk Pipatpong (THA) 71-69-69, Rizal Amin 70-70-69
210 – Solomon Emilio Rosidin 73-68-69, Nicholas Fung 70-69-71

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*