Home / Lain - Lain / E-SPORT, SKUASY, MENEMBAK, POLO & JIUJITSU TURUT SUMBANG PINGAT BUAT MALAYSIA

E-SPORT, SKUASY, MENEMBAK, POLO & JIUJITSU TURUT SUMBANG PINGAT BUAT MALAYSIA

Acara E-Sport turut mempamerkan kecemerlangan atletnya apabila Dr Yew Weng Kean meraih emas menerusi acara Hearthstone yang menewaskan pemain Thailand dengan keputusan 3-1 bagi mengutip pingat emas pertama Malaysia bagi acara yang pertama kali dipertandingkan di Sukan SEA kali ini.

Di Kelab Polo Manila, skuad skuasy berpasukan negara berjaya meraih dua pingat emas. Pasukan skuasy wanita negara terlebih dahulu berjaya menewaskan Singapura dengan keputusan 3-0.

Kejayaan pasukan wanita dituruti dengan pasukan lelaki yang menewaskan Indonesia dengan kemenangan 3-0.

Tidak ketinggalan menyumbang perak atlet menembak negara Bibiana Ng Pei Chin dalam acara Air Pistol 10m. Pada aksi final Bibiana tewas kepada penembak Thailand.

Pasukan polo negara juga menerima nasib yang sama dengan meraih pingat perak yang sukar melepasi kekangan Brunei di peringkat akhir selepas tewas dengan keputusan 4-7.

Beberapa pingat gangsa turut diraih menerusi atlet Jiujitsu (69kg) Adam Akasyah yang menewaskan peserta Vietnam dengan keputusan 6-4.