Donna Vekic dari Crotia membuktikan kehebatan luar biasa beliau apabila berjaya menewaskan Dominika Cibulkova dari Slovakia, 5-7, 7-5, 7-6 (4) dalam tempoh 2 jam 31 minit, dalam perlawanan akhir perseorangan wanita untuk muncul juara Kejohanan Tennis BMW Terbuka Malaysia 2014. Selain trofi kejohanan, Donna Vekic turut membawa pulang wang tunai USD43,000.