Home / Golf / #DoabuatSHAABAN – Pemain golf negara kemalangan motorsikal kuasa tinggi.

#DoabuatSHAABAN – Pemain golf negara kemalangan motorsikal kuasa tinggi.

Shaaban Hussin © Sukan Malaysia

Shaaban Hussin © Sukan Malaysia

KUALA LUMPUR, 31 March 2016 : Pemain golf profesional negara, Shaaban Hussin cedera parah apabila motorsikal berkuasa tinggi yang beliau tunggang hilang kawalan dalam kemalangan jalanraya di lebuhraya Gutrie, Shah Alam pagi tadi. Shabaan dalam perjalanan menuju ke pusat bandar sewaktu kejadian tersebut berlaku.

Keadaan motorsikal Shaaban yang remuk akibat kemalangan.

Keadaan motorsikal Shaaban yang remuk akibat kemalangan.

Dilaporkan beliau mengalami kecederaan teruk di tangan dan kaki dan kini masih di unit rawatan rapi Hospital Sungai Buluh.

Bagi warga kerja Sukan Malaysia, kami doakan agar Shaaban diberi kekuatan dan kembali pulih seperti sediakala dengan kadar segera.

#doabuatshaaban