Home / Bola Sepak / Diaz Pemain Terbaik PFAM-Asiana.my March 2016

Diaz Pemain Terbaik PFAM-Asiana.my March 2016

KAMZ2550

Jorge Pereyra Diaz bersama Ketua Pegawai Eksekutif PFAM, Izham Ismail (kiri) dan Pengasas Asiana.my, Kamarul Akhir (kanan). ©asiana.my

KUALA LUMPUR, 6 May 2016 : Penyerang sensasi Harimau Harimau Selatan, Jorge Pereyra Diaz dipilih sebagai penerima anugerah pemain terbaik bulanan Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) bagi bulan Mac 2016. Anugerah itu disampaikan Ketua Pegawai Eksekutif PFAM, Izham Ismail, pada majis yang diadakan di Padang Seri Gelam di sini, kelmarin.

Anugerah Pemain Terbaik Bulanan PFAM – asiana.my ini dikelolakan oleh Persatuan Pemain-pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM) dengan  kerjasama All Sports Images and News Agency (asiana.my) dan MVP Sports Agency sebagai rakan penaja utama . Anugerah ini adalah satu pengiktirafan kepada pemain-pemain bolasepak profesional daripada PFAM.

Sesi pemilihan dibuat melalui panel pemilih PFAM – Asiana.my yang terdiri daripada pengamal media yang memilih dan menyenarai pendek lima calon setiap bulan dan undian akan dibuka kepada seluruh peminat bola sepak di Malaysia. Diaz menerima undian tertinggi sebanyak 44% mengalahkan empat calon lain iaitu Issey Nakajima Farran (Terengganu – 24%), Mohd Hafizul Hakim (Perak FA – 16%), Farhan Abu Bakar (Kedah – 11%) dan R. Gopinathan (Selangor – 5%). PFAMasiana2016_New

Dengan kemenangan itu, Diaz menerima hadiah berupa plak, wang tunai RM1,500 dan gambar beserta bingkai pemain sumbangan Asiana.my.

Para pengundi boleh membuat undian melalui desktop, laptop, telefon pintar, atau tablet dan boleh menggunakan semua jenis pelayar (browser) melalui laman web rasmi PFAM iaitu www.pfam.my. Undian ini akan dibuka selama seminggu untuk peminat-peminat bolasepak mengundi calon kegemaran mereka.

Semoga anugerah ini dapat menjadi pendorong kepada pemain untuk lebih bersungguh-sungguh untuk meningkatkan prestasi mereka.

Senarai Pemenang Anugerah Pemain Terbaik Bulanan PFAM – asiana.my (Mei 2015 – Mac 2016)

2015

Mei 2015 – Wan Zahrulnizam Zakaria (Kelantan FA)
Jun 2015 – Nurridzuan Abu Hassan (Perak FA)
Julai 2015 – Luciano Figueroa (Johor DT)
Ogos 2015 – Issey Nakajima Farran (Terengganu FA)
September 2015 – Sandro da Silva Mendonca (Kedah)
Oktober 2015 – Issey Nakajima-Farran (Terengganu FA)
November 2015 – Mohd Safiq Rahim (JDT).

2016

Februari 2016 – Mohd Faiz Subri (Pulau Pinang FA)
Mac 2016 – Jorge Pereyra Diaz ( Johor DT)