Home / Hoki / DHARMA BAKAL TINGGALKAN MHC

DHARMA BAKAL TINGGALKAN MHC

Bekas ketua jurulatih hoki wanita kebangsaan Muhammad Dharma Raj Abdullah membuat keputusan untuk tidak memohon semula jawatan itu susulan tidak selesa dengan beberapa isu yang mengaitkan dirinya dengan Konfederasi Hoki Malaysia (KHM).

Pada Disember lalu KHM menamatkan kontrak semua jurulatih dibawah badan induk itu kecuali Roelant Olthmans dalam usaha membawa nafas baru kepada struktur hoki negara bagi tahun 2020.

Dalam satu sidang media khas Dharma Raj menjelaskan dia tidak selesa dan kecewa beberapa dakwaan mengaitkan dirinya seolah-olah berpaling tadah terhadap KHM.

Dan ini menjadi antara alasan utama keputusan jurulatih berusia 50 tahun itu untuk tidak memohon menyambung kembali kontraknya sebagai ketua jurulatih skuad hoki wanita kebangsaan.

Beliau turut mengakui bukan mudah untuk melepaskan pasukan yang dibimbingnya sejak 2016 apatah lagi dengan pelbagai kejayaan dilakar bersama.

Dharma berpendapat dia perlu berehat kerana isu ini disifatkannya terlalu memenatkan dan menyulitkan.

Diantara kejayaan yang digarap Dharma bersama pasukan hoki wanita kebangsaan adalah merangkul emas Sukan Sea Kuala Lumpur 2017 selain mencipta sejarah muncul naib juara pusingan kedua Liga Hoki Wanita Dunia dan menduduki tempat kelima pada Sukan Asia ke-15 di Jakarta-Palembang.