Home / Lain - Lain / Deruman Aprilia buat Melandri berkuasa.

Deruman Aprilia buat Melandri berkuasa.

Aksi Melandri di litar Sepang. Gambar oleh Shazli Shamsudin

Aksi Melandri di litar Sepang. Gambar oleh Shazli Shamsudin

SEPANG 8 Jun 2014: Marco Melandri dari pasukan Aprilia Racing membuktikan penguasaan jentera Aprilia apabila muncul juara dalam Kejohanan FIM Superbike Dunia yang julung kali di adakan di Litar Lumba Sepang, petang tadi.

Lebih manis, kejayaan itu dikongsi bersama rakan pasukan, Sylvain Guintoli yang menduduki tempat kedua untuk memberi kemenangan 1 – 2 kepada pasukan Aprilia Racing.

Melandri (no33) dan Sylvain  (no50) bersaing sesama sendiri di Litar Sepang. Gambar Shazli Shamsuddin.

Melandri (no33) dan Sylvain (no50) bersaing sesama sendiri di Litar Sepang. Gambar Shazli Shamsuddin.

Walaupun perlumbaan dipenuhi dengan aksi-aksi kemalangan sejak dari awal perlumbaan, namun Melandri dan Sylvain berjaya meloloskan diri dari kelompok bahaya untuk mendahului di hadapan. Walaupun sering bertukar-tukar tempat sebagai pendahulu, Melandri dilihat lebih bijak menggunakan segala pengalaman yang ada untuk memintas Sylvain untuk lebih dahulu melepasi garis penamat seterusnya muncul juara buat pertama kali untuk dirinya sebagai pelumba pasukan Aprilia Racing.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*