Home / Badminton / Datuk Lee Chong Wei optimis dan yakin layak ke Olimpik Tokyo 2020

Datuk Lee Chong Wei optimis dan yakin layak ke Olimpik Tokyo 2020

Datuk Lee Chong Wei yakin mampu layak ke Olimpik Tokyo 2020 walaupun rankingnya jatuh ke tangga 30 dunia.

Lagenda badminton negara itu berkata matlamatnya jelas untuk beraksi di temasya Olimpik buat kali kelima walaupun bakal menerima saingan dari
Lee Zii Jia dan pemain profesional Liew Daren yang masing-masing menghuni ranking ke-28 dan -29 dunia.

Pemain berusia 37 tahun itu turut memohon kepada semua pihak agar memberikan sokongan moral kepada pemain negara berbanding membebankan mereka dengan tekanan yang tidak perlu.

Dalam pada itu Chong Wei mengesahkan, beliau akan membuat kemunculan semula pada Terbuka Malaysia, April depan selepas berehat panjang susulan kanser hidung yang dihidapinya.

Mengenai perkembangan latihannya, Chong Wei berkata, fokusnya ketika ini ialah meningkatkan semula kecergasan otot serta ketahanan fizikalnya.