Home / Bola Sepak / DATUK KAMARUL SAMBUT BAIK HAJAT LUQMAN UNTUK KEKAL DI LIGA MALAYSIA

DATUK KAMARUL SAMBUT BAIK HAJAT LUQMAN UNTUK KEKAL DI LIGA MALAYSIA

Pengurus skuad bola sepak B19 tahun kebangsaan Datuk Kamarul Arifin Mohd Shahar menyambut baik keputusan Luqman Hakim Samsudin sekiranya benar penyerang muda itu mahu terus kekal beraksi di Liga Malaysia.

Dengan adanya Luqman ia pastinya memudahkan barisan kejurulatihan skuad B19 tahun kebangsaan memantau perkembangan penyerang itu dari semasa ke semasa.

Dalam perkembangan lain Datruk Kamarul Arifin mengesahkan skuad B19 kendalian Brad Maloney akan mula menjalani latihan pusat di Wisma FAM minggu hadapan.

Dengan prosedur standard operasi (SOP) yang hampir sama seperti program Road To Tokyo (RTT) 35 pemain akan hadir melapor diri termasuk pemain muda yang beraksi di Amerika Syarikat Wan Kuzi Wan Kamal.

Justeru itu Datuk Kamarul Arifin berharap tiada isu pelepasan pemain menghimpit pasukannya yang akan menyertai kejuraraan Konfederasi Bola Sepak (AFC) B19 tahun di Uzbekistan Oktober depan.

Di Uzbekistan nanti skuad B19 tahun kebangsaan diundi dalam kumpulan D bersama Qatar, Yaman dan Tajikistan.

Lebih menarik saingan itu turut menjadi medan mencari slot kelayakan ke Piala Dunia B20 di Indonesia tahun depan.