Home / Golf / Danny masih berbisa !

Danny masih berbisa !

Danny Chia | Malaysia

Danny Chia | Malaysia

SHAH ALAM,  10 Mei 2014 : Pemain golf Malaysia, Danny Chia membuktikan bahawa beliau masih berbisa apabila berjaya mengekalkan kejuaraan yang dimenangi pada tahun lalu dalam kejohanan golf PGM North Port Glenmarie 2014 di kelab golf Glenmarie, Shah Alam Selangor petang tadi.

Lebih manis, kejayaan itu diperolehi dari permainan ‘play off’ sebanyak 3 kali untuk menentukan juara apabila beliau dan Sattaya Supupramai dari Thailand terikat dengan catatan 275pukulan, 13 di bawah par.

Masih belum pulih sepenuhnya dari kecederaan bahu yang dialami pada pertengahan tahun lalu, Danny Chia yang terpaksa bermain 25 lubang pada hari ketiga kejohanan dan 25 lobang pada hari terakhir berpunca dari penundaan permainan disebabkan cuaca hujan lebat, terus konsisten untuk memberi saingan kepada Sattaya Supupramai  yang merupakan pendahulu kejohanan di pusingan ketiga.

‘Saya bermain seperti biasa dan tidak langsung mengetahui bahawa saya mampu memberi cabaran kepada pendahulu. Apabila selesai bermain, saya baru sedar bahawa saya mempunyai peluang. Apabila Sattaya mencatatkan bogey di lubang terakhir, saya dapat merasakan peluang saya masih ada’ ujar Danny selepas permainan.

Walaupun pada satu ketika merasai kesakitan di bahagian bahunya dan konsentrasinya terganggu dengan penundaan permainan pada hari ketiga,  Danny terus berjuang untuk sekurang-kurangnya mencatatkan keputusan terbaik.

‘Memenangi kejuaraan lebih mudah dari mengekalkan kejuaraan yang saya menangi pada tahun lalu. Saya tidak pernah terfikir saya mampu mengekalkan kejuaraan ini’ tambah Danny.

Dengan kemenangan tersebut, Danny Chia membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah Tiga Puluh Lima Ribu ringgit (RM35,000.00) dan mendapat bonus tambahan yang diumumkan oleh Presiden Proffesional Golf Malaysia (PGM), YBhg. Tun Ahmad Sarji bin Abd Hamid, sebanyak  Tujuh Ribu ringgit (RM7,000.00), yang merupakan bonus kepada mana-mana pemain Malaysia yang berjaya menjuarai mana-mana kejohanan PGM Jelajah Pembangunan Asia (ADT).

Kejohanan Golf PGM North Port Glenmarie 2014 merupakan kejohanan golf dalam kalendar Jelajah PGM 2014 dan dianjurkan bersama Jelajah Pembangunan Asia (ADT).

Keputusan Rasmi

275 – Danny CHIA (MAS) 72-67-68-68, Sattaya SUPUPRAIMAI (THA) 68-69-68-70

276 – Piya SWANGARUNPORN (THA) 68-73-68-67

277 – Suppakorn UTHAIPAT (THA) 70-69-73-65, Nicholas FUNG (MAS) 69-68-72-68

279 – Shubhankar SHARMA (IND) 69-70-69-71

281 – Arie IRAWAN (MAS) 68-71-72-70

282 – Natthapong NIYOMCHON (THA) 71-70-71-70, James BYRNE (SCO) 73-67-69-73, R. Nachimuthu (MAS) 70-70-73-69, Wolmer MURILLO (VEN) 70-67-74-71

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*