Home / Golf / Choo buktikan MALAYSIA BOLEH !

Choo buktikan MALAYSIA BOLEH !

Wilson Choo bersama piala yang dimenangi selepas menjuarai Kejohanan Golf PGM Lada Langkawi 2015. Pix by Arep Kulal © PGM TOUR

Wilson Choo bersama piala yang dimenangi selepas menjuarai Kejohanan Golf PGM Lada Langkawi 2015. Pix by Arep Kulal © PGM TOUR

LANGKAWI 14 Februari 2015 : Pemain golf negara Wilson Choo membuktikan anak Malaysia mampu memberi saingan kepada pemain luar negara apabila muncul juara Kejohanan Golf PGM LADA Langkawi di Kelab Golf Gunung Raya, Langkawi hari ini.

Choo, 26 tahun, memulakan pusingan akhir kejohanan dengan catatan 12 dibawah par, 204 pukulan, 2 pukulan di belakang pendahulu Micah Lauren Shin dari USA, berjaya memberi saingan dan bermain baik di sembilan pertama apabila mencatatkan 4 birdie untuk mendahului kejohanan selepas sembilan lubang. Permainan di sembilan kedua menjadi sengit apabila pemain Singapura, Lam Chi Bing, memberi tentangan kepada Choo sehingga berjaya mengikat kedudukan di lubang ke 16 dengan catatan 17 di bawah par. Kesilapan Chi Bing di lubang ke 17 dan 18 akhirnya mengagalkan impian beliau seterusnya menjulang Choo untuk menjadi menjadi pemain kedua Malaysia selepas Arie Irawan, menjuarai Kejohanan Golf di dalam kalendar Jelajah Pembangunan Asia (ADT) untuk tahun 2015.

“Saya bermain dengan baik pada hari ini dan cuba berhati-hati mengekori pendahulu. Walaupun melakukan beberapa kesilapan kecil namun dengan bantuan dari kedi saya, Wan, saya berjaya membaiki semula kesilapan tersebut. Saya amat gembira dengan kejayaan hari ini dan ianya membakar semangat saya untuk menjuarai kejohanan di dalam Jelajah ADT yang lain.

Dengan kemenangan di Langkawi, Choo membawa pulang wang tunai berjumah RM35,000 berserta piala.

Kejohanan Golf PGM Lada Langkawi merupakan kejohanan golf keempat didalam kalendar Jelajah PGM dan kedua dalam Jelajah Pembangunan Asia (ADT) 2015.

Senarai keputusan teratas:

270 – Wilson CHOO (MAS) 64-67-73-66

271 – Micah Lauren SHIN (USA) 68-67-67-69

272 – LAM Chih Bing (SIN) 70-67-67-68

274 – Nakarintra RATANAKUL (THA) 70-67-70-67

275 – Arie IRAWAN (MAS) 70-66-70-69

276 – Jack MUNRO (AUS) 70-68-72-66

277 – Masaru TAKAHASHI (JPN) 70-68-72-66

278 – Casey O’TOOLE (USA) 73-71-68-66, Pasamet POGAMNERD (THA) 67-71-72-68

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*