Home / Badminton / Chong Wei Melangkah ke Final

Chong Wei Melangkah ke Final

GUANGZHOU, 10 Ogos – Datuk Lee Chong Wei melangkah penuh bergaya ke perlawanan akhir Kejohanan Badminton Dunia, apabila menewaskan pemain tuan rumah, Du Pengyu, 20-22, 21-12, 21-15.

Du Pengyu yang merupakan pemain pilihan ketiga kejohanan memberi saingan sengit kepada Chong Wei pada set pertama perlawanan dengan mengasak Chong Wei di setiap penjuru gelanggang. 

Melihat corak permainan agresif yang ditunjukkan oleh Pengyu, Chong Wei mengubah teknik permainannya pada set kedua kepada permainan menyerang untuk mendominasikan permainan. Strategi tersebut ternyata berkesan apabila mudah menewaskan Pengyu, 21-12.

Lee Chong Wei © Sukan Malaysia Online

 

Pada set penentuan, Chong Wei mempamerkan permainan lebih agresif. Dengan permainan sempurna di jaring, ‘smash cross court’ yang baik, Pengyu mula goyah dengan melakukan kesilapan demi kesilapan. Mencecah mata ke 11, Chong Wei terus mendominasi permainan terus menamatkan set ketiga dengan 21-15, dalam permainan yang mengambil masa 1jam 9minit, untuk melangkah ke perlawanan akhir bertemu pemain tuan rumah dan juga seteru utama beliau Lin Dan.
 
 
 
 

 

Leave a Reply