Home / Badminton / CHAN PENG SOON-GOH LIU YING MARA KE SEPARUH AKHIR KEJOHANAN BADMINTON MALAYSIA MASTERS

CHAN PENG SOON-GOH LIU YING MARA KE SEPARUH AKHIR KEJOHANAN BADMINTON MALAYSIA MASTERS

Menepati ramalan beregu campuran Chan Peng Soon-Goh Liu Ying berjaya membuat impak meneruskan kemaraan ke separuh akhir.

Namun nasib sebaliknya berlaku buat Goh Chun Lai yang terpaksa akur cabaran mereka akhirnya menemui nokhtah.

Beregu campuran negara Chan Peng Soon-Goh Liu Ying menepati ramalan mudah melepasi cabaran suku akhir.

Berdepan Takuro Hoki-Wakana Nagahara dari Jepun beregu campuran nombor satu negara ini tidak menghadapi masalah untuk mencatat kemenangan straight set 21-15 21-18 dalam masa 48 minit.

Ini sekaligus melebarkan rekod tanpa kalah dalam tiga pertemuan kedua-dua pasangan sejak kali bertemu di All England tahun lalu.

Lawan menanti Peng Soon-Liu Ying di peringkat separuh akhir adalah Yi Lyu Wang-Dong Ping Huang dari China.

Dalam satu aksi beregu campuran kemaraan Goh Soon Huat- Shevon Lai terhenti di suku akhir selepas tewas di tangan Si Wei Zheng-Ya Qiong Huang juga dari China.

Pasangan negara nyata bergelut ketika berdepan beregu campuran nombor 1 dunia itu sekaligus akur tewas mudah straight set 11-21 9-21 dalam perlawanan 24 minit.