Home / Golf / Chan & Jackson Kuasai Langkawi

Chan & Jackson Kuasai Langkawi

Foto oleh Arep Kulal | PGM Tour

Foto oleh Arep Kulal | PGM Tour

Langkawi, 23 April 2014 : Chan Shih-chang dari Taiwan dan Grant Jackson dari England terus menguasai hari ketiga Kejohanan Golf PGM LADA Langkawi 2014, apabila masing-masing melakukan 201 pukulan, 15 di bawah par untuk mendahului kejohanan di Kelab Golf Gunung Raya, Langkawi, Kedah.

Chan dan Jackson, masing-masing pernah menjuarai siri Jelajah Pembangunan Asia (ADT) pada tahun lalu, mencatatkan 69 dan 70 pukulan pada hari pertama dan kedua kejohanan, satu pukulan di hadapan pemain Thailand, Poosit Supupramai yang mencatatkan pukulan keseluruhan -14 di bawah par.

Mengikuti rapat di belakang Chan, Jackson dan Poosit adalah trio dari Jepun, Masaru Takahashi dan Senroku Isa yang melakukan 203 pukulan, 13 di bawah par untuk berada di tempat ke tiga dan keempat dalam kejohanan yang menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan sebanyak RM250,000.

Sementara itu, Rizal Amin merupakan pemain terbaik Malaysia apabila tamat pusingan ketiga, apabila melakukan 207 pukulan, 9 di bawah par untuk berada di tempat ke 12.

Kejohanan Golf PGM LADA Langkawi 2014, merupakan kejohanan golf dalam siri Jelajah PGM 2014 dan Jelajah Pembangunan Asia (ADT) 2014 dianjurkan secara bersama dengan Jelajah Asia (Asian Tour), berlangsung dari 21 April hingga 24 April 2014.

Kedudukan 6 tempat teratas Pusingan Ketiga

201 – Grant JACKSON (ENG) 64 68 69, CHAN Shih-Chang (TPE) 64 67 70

202 – Poosit SUPUPRAMAI (THA) 66 64 72

203 – Masaru TAKAHASHI (JPN) 68 67 68, Senroku ISA (JPN) 69 64 70

204 – Pasamet POGAMNERD (THA) 67 68 69, Blair WILSON (AUS) 68 66 70

205 – KOH Deng Shan (SIN) 67 68 70

206 – TSENG Hong-sheng (TPE) 72 65 69, Peter RICHARDSON (ENG) 69 68 69, Tirawat KAEWSIRIBANDIT (THA) 68 69 69

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*