Home / Bola Sepak / CEREZO OSAKA SAH SERTAI KEJOHANAN SUPERMOKH 2019

CEREZO OSAKA SAH SERTAI KEJOHANAN SUPERMOKH 2019

Kelab Liga 1 Bola Sepak Jepun, Cerezo Osaka hari ini mengesahkan hasrat untuk menyertai Kejohanan SuperMokh 2019 yang akan berlangsung di Akademi Bola Sepak Negara Mokhtar Dahari (AMD), Gambang, Pahang pada 13 hingga 23 Disember 2019.

Perkara ini di maklumkan sendiri oleh Presidennya, Hiroaki Morishima ketika ditemui dalam satu pertemuan bersama Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman di Kementerian Belia & Sukan, Putrajaya. Turut hadir dalam perjumpaan tersebut adalah Pengarah Urusan Yakult (M) Sdn Bhd, Encik Hiroshi Hamada.

Gambar : Sportflex Malaysia

“ Pihak Cerezo Osaka berbesar hati menerima pelawaan yang di nyatakan oleh YB Menteri Belia & Sukan Malaysia sewaktu berlangsungnya program Asean Dream Project 2019. Kami akan menghantar pasukan bawah 14 tahun kami bagi menyertai kejohanan tersebut.” Ulas Hiroaki Morishima

Gambar : Sportflex Malaysia

Terdahulu, Cerezo Osaka dengan kerjasama Yakult Malaysia telah menganjurkan Asean Dream Project 2019 dengan memilih 5 pemain muda berbakat Malaysia untuk diberi peluang berlatih dan menimba ilmu dengan Akademi Bola Sepak Cerezo Osaka di Japan.

Selain itu, kelab bola sepak Cerezo Osaka juga turut menjadi destinasi kepada ubi muda negara, Luqman Hakim Shamsudin dan 3 lagi rakannya menjalani latihan percubaan pada bulan September yang lalu