Home / Bola Sepak / CABARAN GETIR BUAT KEDAH MENENTANG FC SEOUL

CABARAN GETIR BUAT KEDAH MENENTANG FC SEOUL

Esok menjadi penentu buat Kedah sama ada akan mengiringi satu lagi pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) ke saingan utama Liga Juara-juara (AFC) atau pun tidak.

Lawan yang menanti FC Seoul semestinya merupakan lawan yang sukar iaitu pasukan yang pernah menjadi naib juara dua kali pada musim 2002 dan 2013.

Dan kelebihan pastinya memihak tuan rumah yang beraksi di laman sendiri Stadium Piala Dunia Seoul disamping faktor beraksi dalam cuaca sejuk.

Berlepas ke Incheon Sabtu lalu tempoh 3 hari yang dimiliki dimanfaatkan sebaik mungkin skuad kendalian Aidil Shahrin Sahak untuk membiasakan diri dengan cuaca sejuk di Korea yang mencecah sehingga angka 1 darjah celcius.

Keadaan nyata sukar namun rata-rata pemain tidak mahu dijadikan ia sebagai alasan dan berazam membawa Kedah ke saingan utama.Keyakinan sama turut disuarakan pengurusan Kedah.

Selepas kejayaan menundukkan wakil Hong Kong Tai Po FC 5-1 minggu lalu kredibiliti Aidil Shahrin Sahak terus ditagih dalam membentuk ramuan terbaik menentang FC Seoul.

Namun berdasarkan pencapaian wakil negara berdepan kelab dari Korea Selatan sebelum ini Perak turut berdepan kesukaran serupa apabila beraksi dalam cuaca sejuk dan tewas mudah 1-5 kepada Ulsan Hyundai.