Home / Golf / Cabaran Cobra menanti pemain golf amatur di Kejohanan Golf Saujana Amateur Championships

Cabaran Cobra menanti pemain golf amatur di Kejohanan Golf Saujana Amateur Championships

13 Jun 2019, SUBANG : Lapangan Cobra di Kelab Golf Saujana menanti para pemain amatur dari 15 negara termasuk Malaysia dalam Kejohanan Golf Saujana Amateur Championship yang bakal berlangsung pada 25 hingga 27 Jun 2019 akan datang.

Lapangan Cobra yang menjadi lapangan atau venue untuk kejohanan golf Maybank Championship pada bulan Mac yang lalu merupakan antara lapangan golf yang dianggap paling mencabar dikalangan para pemain golf professional yang pernah beraksi pada kejohanan Maybank Championship yang lalu.

Ini akan menjadi kayu pengukur buat pemain-pemain amatur untuk menguji kehebatan mereka selain cuba bersaing bersama-sama dengan pemain amatur yang lain pada edisi kali ini.

Bercakap kepada sidang media, Pengerusi kejohanan Encik Lee Kwok Meng yakin kejohanan pada kali menjanjikan saingan dan cabaran yang lebih besar buat para pemain dengan sambutan dan sokongan yang diterima dari pemain-pemain dari luar negara amat mengalakkan dan memberangsangkan.

“Kejohanan kali ini juga merupakan peluang terbaik untuk pemain amatur meneruskan kerjaya mereka dalam sukan golf apabila Jelajah Asia menawarkan tempat buat juara untuk bermain dalam kejohanan Jelajah Pembangunan Asia 2019″, ujar En Lee Kwok Meng.

“Kejohanan Golf Saujana Amateur Championship merupakan kejohanan yang melahirkan ramai pemain golf bertaraf dunia antaranya Robert Allenby dari Australia (juara 1990), Danthai Boonma dari Thailand (juara 2014) dan juga pemain nombor 1 Malaysia, Gavin Kyle Green (juara 2009, 2011 & 2012). Oleh itu kami berusaha keras untuk mengekalkan tradisi kejohanan pada tahap yang terbaik , jelas En Lee Kwok Meng ketika ditemui.

Dengan penyertaan seramai 150 orang pemain dari Australia, Bahrain, Chinese Taipei, Fiji, Guam, Hong Kong, India, Indonesia, Myanmar, Nepal, New Zealand, Pakistan, Philippines, Singapore dan Malaysia, kejohanan Golf Saujana Amateur Championships pasti menjanjikan saingan sengit dan bakal menyaksikan juara baru yang akan mengegar dunia golf.