Home / Badminton / BWF BATALKAN KEJOHANAN BADMINTON REMAJA DUNIA 2020

BWF BATALKAN KEJOHANAN BADMINTON REMAJA DUNIA 2020

Persekutuan Badminton Dunia (BWF) mengumumkan pembatalan penganjuran Kejohanan Badminton Remaja Dunia 2020 yang bakal berlangsung di Auckland New Zealand.

Kejohanan yang dijadualkan berlansung dari 18 hingga 24 Januari tetap dibatalkan sekalipun kejohanan elit badminton Terbuka Denmark baru-baru ini dapat dijalankan dengan jayanya mengikut prosedur standard sukan antarabangsa.

Kejohanan Badminton Remaja Dunia telah ditunda pada September namun ditunda ke bulan Januari 2021.Dengan situasi pandemik yang tiada kesudahan memaksa ia dibatalkan terus.

“Kami kecewa tidak dapat meneruskan kejohanan ini tahun ini. Kawalan ketat di pintu masuk negara dan situasi tidak menentu Covid-19 membuatkan kejohanan ini sukar diteruskan mengikut jadual”, menurut Setiausa Agung BWF Thomas Lund.

Pembatalan kejohanan ini menyaksikan tiada lagi kejohanan utama antarabangsa yang melibatkan penyertaan pemain kebangsaan pada tahun ini susulan pandemik Covid-19.