Home / Bola Sepak / Butler kutuk perlantikan Teong Kim

Butler kutuk perlantikan Teong Kim

21 AUG 2013 – KUALA LUMPUR: Peter Butler, jurulatih kontrovesi yang kini ‘digantung tidak bertali’, sekali lagi menimbulkan kontrovesi apabila mengutuk perlantikan Lim Teong Kim sebagai Pengarah Pembangunan Bolasepak Negara oleh Kementerian Belia dan Sukan kelmarin.
Dalam laman twitter beliau, Butler mengatakan perlantikan Teong Kim sebagai belian murah kerajaan Malaysia yang sudah tidak mempunyai apa-apa pilihan. Tindakan Butler mengundang marah ratusan pengikut dilaman twitter yang menganggap kenyataan beliau itu sebagai kurang tepat dan menghina Teong Kim dan kerajaan Malaysia.
Butler terus melihatkan keegoaan diri beliau apabila terus melancarkan tweet menyelar pengikut-pengikut yang memarahi beliau dan keadaan memuncak apabila beliau tidak berpuas hati dengan kenyataan balas yang dikeluarkan oleh Presiden Persatuan Penulis Malaysia (SAM), Sdr Ahmad Khawari Isa yang menasihatkan beliau untuk menarik balik kenyataannya dan memohon maaf.
© sukanmalaysiaonlie
Berang dengan kenyataan Khawari, Butler melancarkan pula serangan peribadi kepada Khawari dengan menggelarkan beliau sebagai badut dan individu yang tidak layak mempertikaikan kenyataan beliau.
Tindakan dan kenyataan Butler, yang dilabelkan sebagai antara jurulatih asing paling tidak berjaya di Malaysia, dianggap sebagai kurang ajar dan tidak boleh diterima. Puluhan ‘retweet’ dilancarkan untuk mengecam beliau yang terus ego mempertahankan tindakannya.
Menurut sumber yang boleh dipercayai, Butler sebenarnya kecewa apabila beliau yang terlebih dahulu mengadakan pertemuan dengan Menteri Belia dan Sukan, Sdr Khairy Jamaluddin gagal mendapat kepercayaan Khairy untuk memegang jawatan tersebut.
Bagi Pihak Sukan Malaysia Online, kami mengecam tindakan individu asing seperti ini dan berharap satu tindakan wajar diambil kepada beliau yang biadap !

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*