Home / Golf / Brunei kuasai pusingan pembukaan WAITGC 2015

Brunei kuasai pusingan pembukaan WAITGC 2015

Pasukan Anak Kendayan dari Brunei Darulsalam muncul Juara Kategori Gross. Gambar oleh WAITGC

Pasukan Anak Kendayan dari Brunei Darulsalam muncul Juara Kategori Gross. Gambar oleh WAITGC

JOHOR BAHRU 17 MARCH 2015 : Pasukan-pasukan dari Brunei Darussalam membuktikan kejaguhan mereka di arena golf apabila menyapu bersih kesemua hadiah utama pada pusingan pertama Kejohanan Golf Amatur Berpasukan Dunia(WAITGC) yang berlangsung di Johor Bahru pada 9 -12 Mac 2015.

Juara keseluruhan musim lalu, Anak Kedayan sekali lagi beraksi cemerlang di lapangan golf Horizon Hill GCC dan Tanjung Puteri GCC untuk muncul juara kategori gross setelah mencatat 949 pukulan keseluruhan. Catatan yang dihimpun oleh gandingan Shaiful Rizal, Khairul Sirajul, Suhaimi Ibrahim dan Mohamad Qawwim itu nyata sukar ditandingi oleh pasukan di tangga kedua, Mentigal, juga dari Brunei yang berada 51 pukulan di belakang. Bukan itu sahaja, Mohamad Qawwim dari pasukan Anak Kedayan turut dinobat sebagai juara individu selepas mencatat 311 pukulan keseluruhan.

Copper Heads dari Australia pula terpaksa berpuas hati di tempat ketiga setelah menghimpun 1040 pukulan sepanjang 4 hari pertandingan.

Pasukan 10/10 dari Brunei Darulsalam - Juara Stableford

Pasukan 10/10 dari Brunei Darulsalam – Juara Stableford

Penguasaan pasukan-pasukan dari Brunei tidak setakat itu sahaja, malah mereka turut menguasai kategori stableford, pasukan 10/10 yang diwakili Yusop Daud, Hj. Momin Syawal, Kapten Daud dan Syed Isnizam mengumpul 438 mata, 20 mata di hadapan pencabar terdekat, Donuts dari Australia. Ketua pasukan 10/10, Syed Isnizam yang bermain dengan handicap 15 pula muncul juara individu kategori stableford setelah mengutip 138 mata sepanjang kejohanan berlangsung.

3 pasukan terbaik dari kategori gross dan 2 dari kategori stableford di setiap pusingan kelayakkan akan mara ke grand final WAITGC 2015 yang akan berlangsung di The Mines GCC dan Sg.Long GCC November 2015 nanti.

Pusingan kedua WAITGC 2015 yang bertujuan mempromosi pelancongan negara menerusi permainan golf akan berlangsung di Sabah pada 20 hingga 23 April 2015.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*