Home / Lain - Lain / Brooker mahu anak buah tingkatkan prestasi terjunan

Brooker mahu anak buah tingkatkan prestasi terjunan

Ketua jurulatih terjun negara merancang adakan program latihan di China bagi membantu memperbaiki prestasi anak buahnya.

Christian Brooker berkata ia bagi meningkatkan darjah kesukaran terjunan atlet negara bagi meraih kedudukan podium pada kejohanan dunia Julai depan.

Ia ekoran tidak banyak kejayaan skuad terjun negara tahun ini dan yang terbaru kejayaan Nur Dhabitah Sabri meraih gangsa acara 3 meter papan anjal wanita di Kejohanan Terjun Siri Dunia Fina London.

Dalam pada itu penerjun senior negara, Leong Mun Yee yakin atlet muda mampu cipta kejayaan pada masa akan datang berdasarkan prestasi semasa mereka.

Namun penerjun negara perlu meningkatkan tahap darjah terjunan pada kejohanan antarabangsa terlebih dahulu.