Home / Lain - Lain / Bonnie teruskan kecemerlangan

Bonnie teruskan kecemerlangan

Atlet para kebangsaan, Bonnie Bunyau Gustin terus mengejutkan beberapa lawannya yang lebih senior apabila berjaya meraih pingat emas kedua dalam acara 65 kg (ke atas) lelaki pada Kejohanan Dunia Para Powerlifting di Nur-Sultan, Kazakhstan pada Isnin.

Atlet berusia 19 tahun dari Sarawak itu yang menggondol pingat emas pertama dalam acara bawah 65 kg lelaki beberapa hari lepas, memulakan aksi dengan melakukan angkatan seberat 185 kg, diikuti 197 kg dan 207 kg pada cubaan kedua dan percubaan untuk merangkul gelaran senior sulungnya pada kejohanan yang diadakan di Astana Congress Center.

Kemenangan itu juga menyaksikan Bonnie menempah tiket ke Sukan Paralimpik Tokyo 2020.