Home / Lain - Lain / BERITA DUKA ATLET PERTAMA POSITIF COVID-19

BERITA DUKA ATLET PERTAMA POSITIF COVID-19

Warga sukan negara dikejutkan dengan kes pertama membabitkan atlet kebangsaan apabila jaguh baling tukul besi negara Jackie Wong Siew Cheer didapati positif wabak Covid-19.

Berita duga itu disahkan sendiri presiden Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) Datuk SM Muthu yang memaklumkan pemegang rekod kebangsaan itu disahkan dijangkiti virus berkenaan menerusi keputusan ujian yang dikeluarkan oleh Hospital Sibu Sarawak.

Jackie disyaki dijangkiti virus berkenaan ketika melawat bapanya yang merupakan ahli parlimen Sarikei. Bapanya kita sedang dirawat di Hospital Sibu.

Susulan kes terbaharu itu KOAM mengambil keputusan memberhentikan segera latihan atlet kebangsaan selain membatalkan beberapa kejohanan bagi mengurangkan risiko penyebaran virus berkenaan.

Tegasnya kesemua atlet olahraga diwajibkan menjalani kuarantin selama 14 hari di rumah bagi mengurangkan risiko penyebaran Covid-19.

Ini tidak termasuk dua atlet lompat tinggi Nauraj Singh dan Lee Hup Wei yang kini menjalani latihan di Brisbane Australia.

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) terus mengambil tindakan segera mengarahkan fasiliti di MSN dan ISN yang dikunjungi Jackie ditutup untuk proses pembasmian dan sanitasi selama 2 atau 3 hari.

Menurut menterinya Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, KBS juga telah membentuk satu jawatankuasa khas memantau perkara ini berpusat di Casa MSN Bukit Jalil.

Tambah Datuk Seri Reezal arahan pembatalan dan penangguhan dari menyertai sebarang sukan dalam negara kekal sehingga 31 April seperti yang diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyidin Yassin jumaat lalu.

Antara atlet yang dikuarantinkan setakat ini adalah atlet skuad badminton negara yang menyertai kejohanan All England. Kesemua 20 atlet dan pegawai terlibat ditempatkan di Akademi Badminton Malaysia di Bukit Kiara Kuala Lumpur.