Home / Golf / Ben ‘power’ di Kinrara

Ben ‘power’ di Kinrara

Ben Leong bergambar bersama trofi kemenangan apabila muncul juara Kejohanan Golf PGM I&P Group. Gambar oleh Arep Kulal / PGM Tour

Ben Leong bergambar bersama trofi kemenangan apabila muncul juara Kejohanan Golf PGM I&P Group. Gambar oleh Arep Kulal / PGM Tour

BANDAR KINRARA 23 Ogos 2014 : Pemain golf negara, Ben Leong dari Sabah, membuktikan beliau kini bebeas dari kecederaan dan masih berbisa apabila menjuarai Kejohanan Golf PGM I&P Group di Kelab Golf Kinrara, Bandar Kinrara, Selangor hari ini.

Ben yang berehat panjang semenjak awal tahun lalu sehingga pertengahan tahun ini akibat kecederaan belakang, mempamirkan permainan cemerlang apabila melakukan 270 pukulan, 14 dibawah par satu pukulan di hadapan pemain di tempat kedua Shaifubari Muda yang melakukan kejutan di hari terakhir dengan melakukan 61pukulan, 10 dibawah par dengan jumlah keseluruhan 271pukulan, 13 dibawah par.

Dengan kemenangan ini, Ben membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM27,200.00 sementara Shaifubari Muda membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM18,080.00

Kejohanan Golf PGM I&P Group berlangsung dari 20-23 Ogos di Kelab Golf Kinrara dan merupakan kejohanan golf di dalam kalendar golf Jelajah PGM Malaysia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*