Home / Golf / Ben Leong terajui carta di Kinrara

Ben Leong terajui carta di Kinrara

Aksi Ben Leong pada hari ketiga Kejohanan Golf PGM I&P Group.

Aksi Ben Leong pada hari ketiga Kejohanan Golf PGM I&P Group. Gambar oleh Arep Kulal / PGM Tour

BANDAR KINRARA 22 August 2014; Pemain golf negara, Ben Leong dari Sabah, mempamirkan gaya permainan yang menakjubkan apabila melakukan 5 pukulan di bawah Par 71 untuk mencatatkan 66 pukulan pada hari ketiga Kejohanan Golf PGM I&P Group di Kelab Golf Kinrara hari ini.

Dengan permainan cemerlang sejak dari awal permainan, Ben berjaya melakukan birdie di lubang ke 2 hingga ke 5 dan mencatatkan 4 dibawah par di sembilan lubang pertama, sebelum melakukan beberapa kesilapan kecil apabila permainan memasuki sembilan lubang ke dua.

Dengan catatan keseluruhan 206 pukulan, Ben mendahului carta bersama dengan seorang lagi pemain golf muda negara, Mohd Iylia Jamil yang melakukan 67 pukulan, 4 di bawah par pada hari ketiga kejohanan.

Ben dan Iylia diikuti rapat oleh seorang lagi pemain golf berpengalaman negara, Shaaban Hussin yang mencatatkan pukulan keseluruhan 207 pukulan, untuk berada di tempat ketiga.

Mohd Iylia Jamil

Mohd Iylia Jamil

Kejohanan Golf PGM I&P Group merupakan kejohanan golf dalam jadual Jelajah PGM dan diadakan di Kelab Golf Kinrara dari 19 – 23 Ogos 2014.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*