Home / Lain - Lain / Beasley fokus acara pecut berpasukan untuk layak ke Olimpik Tokyo 2020

Beasley fokus acara pecut berpasukan untuk layak ke Olimpik Tokyo 2020

Perancangan rapi terus diatur jurulatih skuad berbasikal trek John Beasley dalam memastikan skuad negara dapat melayakkan diri dalam kedua-dua acara pecut dan keirin individu dan berpasukan.

Acara Keirin tampak berpeluang cerah untuk ke Tokyo, sasaran skuad berbasikal negara kini tertumpu kepada tiket kelayakan acara pecut berpasukan.

Sesi latihan selama dua bulan di eropah memperlihatkan segalanya berjalan seperti yang dirancang dengan rata-rata atlet berbasikal negara kini berjaya mempertingkatkan aspek kekuatan.

“Saya dapat melihat peningkatan yang amat besar, semalam kali pertama pelumba-pelumba kembali beraksi di atas trek dan memang dapat dilihat kekuatan besar dalam setiap kayuhan”, ujar Beasley.

Yayasan Sime Darby menerusi program Road To Tokyo telah memperuntukkan dana penajaan sehingga RM2.6 juta bermula dari Februari 2017 sehingga Disember 2020.

Ia merangkumi aspek perbelanjaan pasukan termasuklah penerbangan, yuran penyertaan kejohanan, dan elaun kepada pelumba-pelumba pasukan basikal trek YSD.