SELAYANG, 23 OGOS 2014 : Barisan pemain Gergasi Merah Kuning beraksi cemerlang apabila berjaya membenam pasukan KL Sime Darby FC, 2-0 di Stadium Selayang dalam perlawanan Piala Malaysia, malam tadi.
Selangor yang bangkit selepas ditewaskan oleh pasukan PDRM 2-0, pada perlawanan hari Rabu yang lalu, bermula garang apabila mengasak kubu KL Sime Darby sejak awal permainan.
Gol Selangor dijaringkan oleh penyerang sensasi Paulo Rangel pada minit ke 18 melalui sepakan percuma di luar kotak penalti KL Sime Darby sebelum pemain gantian, Ahmad Hazwan Bakri menjaringkan gol kedua pada minit ke 33 permainan.
Dengan kemenangan ini, Selangor mengukuhkan kedudukan di dalam kumpulan D kumpulan setelah tamat pusingan pertama perlawanan.