Home / Badminton / BAM USULKAN BWF KEMBALI ANJURKAN SIRI KEJOHANAN KELAYAKAN YANG TERTUNDA

BAM USULKAN BWF KEMBALI ANJURKAN SIRI KEJOHANAN KELAYAKAN YANG TERTUNDA

Penundaan tarikh baharu Sukan Olimpik 2020 yang ditunda ke tahun hadapan jelas memberi kelegaan kepada semua persatuan sukan dunia dengan mempunyai masa untuk memperkemaskan diri.

Tidak terkecuali arena badminton negara yang mengharapkan Persekutuan Badminton Dunia (BWF) kembali menyenaraikan lebih 14 kejohanan yang ditunda berikutan pandemik Covid-19 sejak awal Mac lalu.

Sejak pandemik Covid-19 diisytihar BWF menangguhkan kesemua kejohanan termasuk semua kempen kelayakan ke Sukan Olimpik hingga Julai depan.

Menurut Setiausaha Agung Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Datuk Kenny Goh, ia membabitkan lebih 14 kejohanan siri jelajah BWF dengan yang terakhir adalah kejohanan All England 15 Mac lalu.

Ketika semua pihak menanti dengan penuh sabar maklumbalas BWF berhubung dengan mekanisma kelayakan baharu Olimpik Tokyo.

Datuk Kenny Goh berharap ia menjadi medan terbaik buat negara menambah beberapa lagi slot automatik ke Olimpik tahun depan.

Mengikut ranking semasa yang dihentikan BWF serta merta susulan pandemik Covid-19 pada 7 Mac lalu Malaysia berpotensi menyenaraikan 5 wakil dalam semua kategori yang dipertandingkan di Olimpik.

Ia menyaksikan Lee Zia Jia kekal dalam acara perseorangan lelaki manakala tiga pasangan merebut dua slot ke Olimpik dalam beregu lelaki dan campuran.

Cuma Soniia Cheah perlu menggandakan usaha untuk layak ke Olimpik dalam kelompok 16 terbaik apabila dia kini di posisi ke-29 dunia.