Home / Badminton / BAM tidak senaraikan Chong Wei di Kejohanan Piala Sudirman

BAM tidak senaraikan Chong Wei di Kejohanan Piala Sudirman

BAM sahkan Datuk Lee Chong Wei tidak tersenarai untuk wakili negara di Kejohanan Piala Sudirman di Nanning China bulan depan.

Ia sekaligus dilihat menyukarkan usaha Chong Wei untuk mengumpul mata bagi melayakkan diri ke Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Lebih samar lagi pemegang pingat perak tiga Sukan Olimpik itu tidak didaftarkan dalam mana-mana kejohanan anjuran Persekutuan Badminton Antarabangsa selepas bulan Mei.

Chong Wei semestinya mahu tampil di Sukan Olimpik ke-5 buat dirinya menduduki tangga ke-73 dunia dengan mengumpul 22,135 mata setakat ini.

Skuad Malaysia ke Piala Sudirman bakal dibarisi oleh:
Perseorangan Lelaki — Lee Zii Jia, Cheam June Wei, Soong Joo Ven
Beregu Lelaki — Aaron Chia, Soh Wooi Yik, Ong Yew Sin, Teo Ee Yi, Nur Izzuddin Rumsani
Beregu Wanita — Chow Mei Kuan, Lee Meng Yean, Vivian Hoo, Yap Cheng Wen
Beregu Campuran — Goh Soon Huat, Tan Kian Meng, Chen Tang Jie, Shevon Lai, Lai Pei Jing.