Home / Badminton / BAM TELAH SENARAI PENDEK BAGI MENGISI KEKOSONGAN JURULATIH SKUAD KEBANGSAAN

BAM TELAH SENARAI PENDEK BAGI MENGISI KEKOSONGAN JURULATIH SKUAD KEBANGSAAN

Susulan pengunduran tiga jurulatih berpengalaman Rosman Razak, Chin In Hui dan Wong Pei Tei mungkin menyenarai pendek individu yang bakal mengisi kekosongan berkenaan.

Namun hanya seorang jurulatih baharu akan dibawa masuk selewat-lewatnya penghujung bulan ini.

Keputusan dua jurulatih Wong Pei Tei dan Chin In Hui tidak menyambung kontrak selain persetujuan bersama untuk menamatkan kontrak jurulatih Rosman Razak menyaksikan kini hanya sembila jurulatih mengendalikan skuad kebangsaan.

Ini berikutan keputusan mereka untuk membawa haluan baharu masing-masing.

Bagaimana pun tiada kebimbangan disuarakan Choon Han memandangkan kejohanan terdekat hanya akan disertai Januari nanti.

Untuk tahun 2020 tiada lagi kejohanan dalaman akan dianjurkan BAM memandangkan jumlah pertandingan yang dijalankan sudah mencukupi.

Fokus kini lebih terarah kepada persiapan untuk kembali beraksi dalam kejohanan antarabangsa dengan aksi terdekat di Thailand Januari nanti.