Home / Badminton / BAM SASARKAN 8 HINGGA 12 PEMAIN MAMPU KE TOKYO

BAM SASARKAN 8 HINGGA 12 PEMAIN MAMPU KE TOKYO

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) memberi keyakinan tambahan apabila mensasarkan ramai pemain negara mampu melayakan diri ke temasya terbesar yang dijadualkan semula tahun depan.

Setiausaha Agung BAM Datuk Kenny Goh yang juga ahli jawatankuasa latihan dan kejurulatihan membayangkan seramai 8 hingga 12 orang pemain mampu membawa cabaran negara untuk bertanding di Tokyo.

Persekutuan Badminton Dunia (BWF) sedang mengumpul pendapat ahli gabungan untuk kaedah bersesuaian menyambung semula proses kelayakan yang tertangguh akibat pandemik Covid-19.

Dalam perintah kawalan pergerakan (PKP) ini semua pemain menjalani latihan secara fizikal 2 kali sehari sambil dipantau oleh jurulatih secara langsung menerusi sidang video.