Home / Badminton / BAM PANTAU PERKEMBANGAN KENTO MOMOTA

BAM PANTAU PERKEMBANGAN KENTO MOMOTA

Persatuan Badminton Maaysia (BAM) akan terus memantau rapat perkembangan pemain nombor satu dunia Kento Momota dari Jepun yang ditimpa kemalangan awal pagi tadi bersama tiga mangsa lain.

Menurut presiden BAM Datuk Seri Norza Zakaria Momota mengalami keretakan kecil di bahagian hidung dan menerima beberapa jahitan di muka.

Datuk Seri Norza hadir ke Hospital Putrajaya untuk mengetahui lebih lanjut kecederaan Kento Momota dan tiga lagi mangsa.

Turut sama memantau perkembangan mangsa Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara Datuk Ahmad Shafawi Ismail.

Momota dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan dan kini ditempatkan di wad eksekutif dan dia dijangka akan dibenarkan keluar dalam masa terdekat.

Selain Momota mangsa yang turut berada dalam van berkenaan ialah pegawai teknikal BWF William Thomas dari England, dan tiga pemain badminton dunia dari Jepun Yu Hirayama dan Morimoto Arkifumi.

Kemalangan itu mengakibatkan pemandu van B.Nageswarau tersepit di tempat duduk pemandu dan disahkan meninggal dunia di lokasi.

Dalam pada itu kedutaan Jepun jelas lega dengan kerjasama yang diberikan kerajaan Malaysia terhadap tiga rakyatnya yang terbabit dengan kemalangan awal pagi tadi..

Memang wujud kebimbangan memandangkan Momota pastinya menjadi taruhan tuan rumah Jepun pada temasya Sukan Olimpik nanti.

Difahamkan ketika kejadian van berkenaan dalam perjalanan menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)