Home / Badminton / BAM LANTIK MISBUN SEBAGAI PENGARAH PEMBANGUNAN REMAJA KEBANGSAAN

BAM LANTIK MISBUN SEBAGAI PENGARAH PEMBANGUNAN REMAJA KEBANGSAAN

Satu lagi tugasan berat buat legenda badminton negara Datuk Misbun Sidek di Persatuan Badminton Malaysia (BAM) apabila badan induk itu mengumumkan perlantikannya sebagai Pengarah Pembangunan Remaja Kebangsaan berkuatkuasa serta merta..

Datuk Misbun diberi tempoh dua bulan untuk mengemukakan cadangan mengenai struktur baru yang diperlukan bagi meningkatkan program skuad remaja negara.

Datuk Misbun sebelum ini bertindak sebagai ketua jurulatih perseorangan lelaki dan pertukaran jawatan ini dilihat BAM bersesuaian memandangkan Datuk Misbun memiliki pengalaman luas dan penelitian yang lebih tajam dalam menilai kemampuan pemain muda untuk diketengahkan.

Turut diumumkan pada mesyuarat jawatankuasa pengurusan BAM di Akademik Badminton Malaysia di Bukit Kiara ialah perlantikan Hendrawan sebagai ketua jurulatih perseorangan lelaki kebangsaan yang baru.

Sementara itu Wong Choon Han pula dilantik sebagai pengurus pasukan kebangsaan ke Kejohanan Badminton Persorangan Asia di Manila.

Sementara itu pembatalan kejohanan badminton berpasukan Asia yang dijadualkan di Manila bermula 11 hingga 17 Februari ini semakin tinggi selepas Filipina mencatatkan kematian akibat wabak Novel Coronavirus direkodkan dua hari lepas.