Home / Badminton / BAM gembira dengan prestasi pemain muda

BAM gembira dengan prestasi pemain muda

Presiden BAM gembira dengan prestasi Soong Joo Ven selepas muncul juara acara perseorangan lelaki Kejohanan Badminton Kebangsaan di Arena Badminton Perak minggu lalu.

Menurut Datuk Seri Norza Zakaria kini persaingan semakin sengit atas pemain muda itu bagi menggantikan Datuk Lee Chong Wei.

Tambah beliau ia juga bukti peranan BAM sebagai Pusat Berprestasi Tinggi dalam melahirkan pemain berkualiti.

Pemain berusia 23 tahun itu beraksi cemerlang dengan meraih kemenangan 21-13 pada set pertama dan ketika mendahului 7-1 pada set kedua, Jun Hao mengambil keputusan untuk menarik diri akibat kecederaan kaki.

“Saya melihat peluang (kejuaraan antarabangsa) itu ada tetapi ia bergantung kepada prestasi semasa hari pertandingan dan saya akan terus berusaha untuk meraih kejayaan itu,” katanya.

Joo Ven mengakui sangat gembira dengan kejayaan itu namun tidak mahu segera berpuas hati kerana dia masih belum pernah meraih sebarang kejuaraan di peringkat antarabangsa.