Home / Badminton / BAM BAKAL SERAPKAN PEMAIN PROFESIONAL MENYERTAI KEM LATIHAN SKUAD KEBANGSAAN PERSIAPAN MENGHADAPI PIALA THOMAS

BAM BAKAL SERAPKAN PEMAIN PROFESIONAL MENYERTAI KEM LATIHAN SKUAD KEBANGSAAN PERSIAPAN MENGHADAPI PIALA THOMAS

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sudah mempunyai calon dalam kalangan pemain profesional bagi menyertai kem latihan skuad kebangsaan untuk menghadapi Piala Thomas 2020 di Aarhuz Denmark bermula 3 hingga 11 Oktober nanti.

Pengarah Kejurulatihan BAM Wong Choon Han berkata antara kriteria utama yang dinilai adalah pemain masih beraksi secara kompetitif di peringkat tertinggi.

Ini sekaligus berpotensi membantu pasukan negara mencapai kelompok enam pasukan terbaik dunia pada kejohanan itu nanti.

Sebelum ini BAM akan menjemput pemain profesional yang layak menjalani latihan di akademik badminton Bukit Kiara sebagai persiapan menghadapi Piala Thomas bermula pertengahan Julai ini.

Diantara pemain yang berada dalam radar BAM adalah pemenang pingat gangsa perseorangan lelaki kejohanan dunia 2018 Liew Darren.

Selain itu pemenang perak Olimpik Rio 2016 Goh Vee Shem dan Tan Wei Keong turut berada dalam senarai yang dipertimbangkan.