Home / Badminton / BADMINTON SUMBANG TIGA EMAS BUAT NEGARA

BADMINTON SUMBANG TIGA EMAS BUAT NEGARA

Kejutan diterjemahkan oleh skuad badminton negara yang cemerlang membolot tiga dari lima pingat emas yang ditawarkan pada hari terakhir sukan itu tatkala tiada siapa menyangka kejayaan luarbiasa itu mampu dijelmakan skuad badminton negara.

Tiga pingat emas diraih menerusi acara wanita dan lelaki serta beregu lelaki sekaligus membalas kekecewaan hanya satu pingat emas di Sukan SEA Kuala Lumpur dua tahun lalu.

Sememangnya tiga pingat emas yang diraih amat menggembirakan seluruh peminat sukan tempatan ketiga negara kehilangan bintang seperti Datuk Lee Chong Wei yang bersara dan Goh Chin Wei yang mengalami masalah kesihatan.

Pemain perseorangan wanita S.Kisona bangkit daripada kekalahan 20-22 kepada Rusali Hartawan daripada Indonesia pada set pertama, sebelum menang dua set berikutnya 21-14,21-13 sekaligus mempertahankan pingat emas yang dimenangi Jin Wei pada Sukan SEA Kuala Lumpur.

Sejurus kejayaan Kisona, turun beraksi selepas itu adalah pemain perseorangan lelaki negara Lee Zii Jia.

Beraksi selaku pemain pilihan kedua Zii Jia memperagakan aksi bertenaga apabila menumbangkan pemain Singapura 21-18, 21-18 untuk meraih emas kedua negara.

Pingat emas ketiga negara disumbangkan oleh pasangan beregu lelaki Aaron Chia dan Soh Wooi Yik yang menentang pasangan Thailand.Beregu negara tewas pada set pertama sebelum menang 21-15 21-16.

Pasangan beregu campuran negara Goh Chun Huat dan V.Shem bagaimanapun terpaksa berpuashati meraih pingat perak selepas tunduk kepada pasangan Indonesia 19-21 21-19 dan 21-23.