Home / Badminton / Badminton negara terus kemarau kejuaraan

Badminton negara terus kemarau kejuaraan

Skuad badminton negara terus kemarau kejuaraan apabila tiada wakil Malaysia di Kejohanan Badminton Dunia di Basel Switzerland baru-baru ini.

Selaku pilihan kelima kejohanan Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying nyata tidak mampu mengatasi kehandalan Yuta Watanabe dan Arisa Higashino beregu pilihan ketiga dari Jepun.

Bermula baik dengan kemenangan 21-8 kelebihan itu terhapus apabila pasangan negara yang juga pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016 itu gagal mengekalkan momentum pada set berikutnya membolehkan lawan bangkit mencipta kemenangan mudah 12-21.

Set ketiga pasangan negara semakin hilang punca hanya 11 mata mampu dikutip menyaksikan mereka kecewa tunduk 11-21 sekaligus tersingkir di peringkat suku akhir kejohanan.

Juga gagal meneruskan cabaran adalah perseorangan lelaki Lee Zii Jia yang turun menentang pilihan utama dari Jepun Kento Momota nyata persembahan goyah disajikan pemain muda negara.

Zii Jia tewas set pertama 12-21 dan 8-21 pada set kedua dalam perlawanan yang berlangsung hanya 37 minit.