Home / Lain - Lain / Azlan Shah juarai pusingan keenam ASB1000

Azlan Shah juarai pusingan keenam ASB1000

Kejuaraan Motorsikal Asia (ARRC) pusingan keenam di Litar Antarabangsa Sepang menyaksikan pelumba negara Azlan Shah Kamarulzaman meraih keputusan cemerlang apabila menjuarai perlumbaan kategori Asia Superbike 1000cc.

Azlan yang membawa cabaran ONEXOX TKKR SAG menamatkan 11 pusingan perlumbaan dengan masa keseluruhan 23 minit 29.705s mengatasi pelumba yang mewakili Kawasaki Thailand Racing yang mencatat masa 23 minit 21.01 saat.

Atas faktor cuaca Azlan yang bermula dari petak kedua mengatur strategi menunggu sehingga ke pusingan ketujuh untuk memintas Titiphong seterusnya memimpin perlumbaan sehingga ke garisan penamat bagi mempertahankan kedudukan podium yang diraih pelumba kelahiran Selangor ini pada pusingan pertama.

Untuk rekod kejayaan itu merupakan kejayaan kedua buat Azlan selepas mengungguli perlumbaan satu aksi pembuka tirai di litar yang sama Mac lalu.

Hujung November nanti akan beraksi untuk pusingan terakhir perlumbaan ini yang akan berlangsung di Litar Buriram Thailand.