Home / Lain - Lain / Azizul raih emas acara pecut lelaki

Azizul raih emas acara pecut lelaki

Jaguh pecut negara Azizulhasni Awang menepati ramalan mengungguli acara pecut individu pada Kejohanan Basikal Trek GP Asia Tenggara.

Kejayaan Azizul bagaimanapun gagal diteruskan rakan sepasukannya Fatehah Mustapa yang terpaksa berpuas hati meraih pingat perak acara wanita elit.

Peringkat separuh akhir individu menentang pelumba Indonesia Puguh Admadi tidak menjadi masalah buat Azizulhasni Awang untuk menang 2-0 dan mara ke perlawanan akhir.

Hasrat untuk menggandakan perlawanan akhir usaha Malaysia tidak kesampaian selepas Shah Firdaus Shahrom tewas kepada pelumba Korea Jeone Park 1-2.

Perlawanan akhir menentang Jeone Park , Azizul tidak berdepan masalah untuk memenangi perlumbaan pertama.Namun kesilapan taktikal yang berlaku pada perlumbaan kedua memaksa Azizul bekerja keras untuk menewaskan Jeone Park .

Nyata ia merupakan usaha yang berbaloi buat Azizul bagi meraih pingat emas menerusi kemenangan 2-0.

Kegagalan Azizul mengungguli kategori lelaki gagal diulang Fatehah Mustapa dalam saingan wanita elit dan hampir tersingkir sebelum mengatasi pelumba Hong Kong Lee Yin Yi sebelum menang dengan keputusan 2-1 di peringkat separuh akhir.

Pertemuan menentang pelumba Indonesia Crismonita Dwi Putri nyata sukar buat Fatihah yang masih kepenatan selepas berlumba tiga pusingan sebelum itu.

Tewas pada perlumbaan pertama Fatehah bagai mana pun gagal untuk bangkit pada perlumbaan berikutnya dan terpaksa sekadar berpuas hati dengan pingat perak.