Home / Lain - Lain / AXLE MOTORSPORT SERTAI LE MANS VIRTUAL 24 JAM

AXLE MOTORSPORT SERTAI LE MANS VIRTUAL 24 JAM

KUALA LUMPUR (5 JUN 2020): Oleh kerana wabak pandemik global COVID-19 yang sedang melanda, beberapa acara sukan besar terkesan dan tertangguh sehingga bulan September 2020. Namun begitu, perlumbaan 24 Jam Le Mans edisi ke-88 tetap akan dilangsungkan menerusi per-lumbaan secara maya di platform rFactor 2 dan akan dikenali sebagai Le Mans Virtual 24 Jam.

Lebih menarik lagi, Malaysia akan diwakili oleh Alex Yoong selaku peneraju Axle Motorsport yang juga merupakan satu-satunya pasukan Asia yang akan berentap dengan 60 pasukan yang lain pada perlumbaan yang akan berlangsung pada 13 dan 14 Jun 2020.

Alex yang tidak asing lagi di dalam dunia permotoran sukan amat sinonim dengan perlumbaan endurance apabila dia pernah memenangi Pelumba Baharu Terbaik ketika dia membuat kemuncu-lan sulung di Le Mans pada 2006. Beliau kemudiannya meraih tempat kelima di litar ikonik itu pada tahun berikutnya.

 Pasukan Axle Motorsport akan berlumba di dalam kelas Le Mans Prototypes 2 (LMP2), dan akan memandu jentera berwarna merah dan putih ORECA bernombor 21

“Kami amat berbangga kerana terpilih untuk perlumbaan ini dan akan membariskan pelumba terbaik yang telah memenangi pertandingan eRacing GP. Kami juga sedang giat menjalani latihan untuk mendapatkan momentum serta konsistensi yang baik,” kata Alex.

Pasukan Malaysia yang merupakan pasukan tunggal dari Asia akan bersaing dengan pasukan seperti Toyota Gazoo Racing yang turut membariskan nama-nama besar seperti Fernando Alonso, Max Verstappen serta beberapa lagi pelumba berkelas dunia.

Oleh kerana peraturan perlumbaan mengenakan syarat untuk membariskan dua pelumba litar sebenar daripada empat pelumba setiap pasukan, Alister Yoong akan bersama-sama dengan bapanya Alex sekaligus menjadikan gandingan bapa dan anak untuk Axle. Alex dan Alister turut mendapat lesen daripada Persatuan Permotoran Malaysia (MAM).

Alister Yoong akan bersama-sama dengan bapanya Alex sekaligus menjadikan gandingan bapa dan anak untuk Axle

Manakala Naquib Azlan, yang merupakan naib juara eRacing GP Edisi Global dan Mika Hakimi melengkapkan slot empat pelumba Malaysia. Kedua-duanya tidak asing lagi di dalam pe mainan lumba simulator.

Naquib Azlan, yang merupakan naib juara eRacing GP Edisi Global akan bersama-sama dengan Axle Motorsport bagi perlumbaan maya Le Mans Virtual 24 Jam pada 13 dan 14 Jun ini

Para pelumba akan berlumba di dalam kelas Le Mans Prototypes 2 (LMP2), dan akan memandu jentera berwarna merah dan putih ORECA bernombor 21.

Pelumba maya handalan Mika Hakimi melengkapkan slot empat pelumba Malaysia bagi saingan Le Mans Virtual 24 Jam

Para pelumba akan berlumba di dalam kelas Le Mans Prototypes 2 (LMP2), dan akan memandu jentera berwarna merah dan putih ORECA bernombor 21.